MOSCOW – Sebanyak SEMBILAN (9) organisasi global yang terdiri daripada sektor pertahanan, tenaga, kesihatan, pendidikan dan teknologi, termasuk sebuah syarikat di Amerika Syarikat (AS) telah diceroboh oleh penggodam yang setakat ini belum lagi dikenal pasti, demikian menurut laporan Sputnik.
Perkara itu didehkan melalui laporan kenyataan firma keselamatan Palo Alto Networks.
“Percubaan eksplotasi bermula pada 22 September dan mungkin berterusan hingga awal Oktober…
“Sepanjang itu, ia berjaya menjejaskan sekurang-kurangnya sembilan entiti global merentasi industri teknologi, pertahanan, penjagaan kesihatan, tenaga dan pendidikan,” kata kenyataan itu.
Penggodam yang didakwa dari negara asing berjaya mendapatkan nama pengguna dan kata laluan yang akan memberikan mereka akses kepada maklumat sulit.
Malah dilaporkan, teknologi yang digunakan dalam memperoleh data ini sangat mirip dengan yang digunakan penggodam di China.
CNN turut melaporkan bahawa pegawai yang bekerja di Agensi Keselamatan Negara dan Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur AS juga sedang memantau penggodaman itu, namun enggan mengulas mengenai identiti mereka.
Jun lalu, Presiden AS Joe Biden melancarkan semakan strategik yang pantas untuk menangani cabaran serangan ‘ransomware’ yang semakin meningkat.






