UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya, PT3 Dibatalkan Tahun Ini – Dr Radzi

UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya, PT3 Dibatalkan Tahun Ini – Dr Radzi

0
SHARE

KUALA LUMPUR –  Kerajaan hari ini memutuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) turut dibatalkan untuk tahun ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam Sidang Media Khas sebentar tadi, beliau berkata keputusan memansuhkan UPSR dibuat berdasarkan kajian dan libat urus yang dibuat bersama pihak berkepentingan.

“Tiada peperiksaan ganti bagi ujian Murid Tahun 6,” tambahnya lagi.

Radzi berkata lagi, fokus utama kementerian ketika ini adalah untuk memperkasakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).