TENOM, SABAH – Dua lelaki tersepit dalam kenderaan van yang dinaiki mereka setelah bertembung dengan lori bermuatan kosong di Bulatan Bakau, Jalan Keningau – Tenom sini tengah hari tadi.
Mangsa dalam insiden kira-kira 12.40 itu dikenali sebagai Stefanus Hayon, 50, dan Kwan Eh Wah, 59.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mereka berjaya dikeluarkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Keningau dari ruangan depan kenderaan jenis Toyota Hiace terbabit.
“Mangsa seterusnya mendapatkan rawatan awal oleh pasukan EMRS di tempat kejadian…