Guru Sekolah Menengah Tawau Rogol Pelajar Ditahan

Guru Sekolah Menengah Tawau Rogol Pelajar Ditahan

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

TAWAU, SABAH – Setelah berkali meminta seorang pelajar Tingkatan 4 melakukan hubungan seks oral dengannya sejak Ogos, seorang guru sekolah menengah bertindak merogol anak murid itu pada petang Khamis lalu.

Memetik sumber Harian Metro, perbuatan keji lelaki berusia 36 tahun itu akhirnya terbongkar susulan laporan dibuat oleh mangsa.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah membuat tangkapan berhampiran sebuah premis di Kompleks Fajar, pada 9.58 malam hari yang sama.

“Mangsa mengaku suspek pernah beberapa kali memintanya melakukan oral seks ketika keluar berdua-duaan antara Ogos tahun lalu sehingga 18 Oktober ini.

“Mangsa anak sulung daripada enam beradik itu mendakwa dirogol di dalam bilik rumah guru terbabit di sebuah taman perumahan di Jalan Apas, antara 2.30 hingga 4.45 petang kelmarin.

“Ketika kejadian suspek meminta mangsa melakukan oral seks sebelum melakukan hubungan seks tanpa kerelaan mangsa,” katanya.

Siasatan awal polis mendapati mangsa dan suspek tidak menjalin hubungan cinta melainkan hubungan sebagai pelajar dan guru sahaja.

Jasmin berkata suspek direman selama tujuh hari bermula Jumaat semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377(C) Kanun yang sama.