Ular Tedung Dalam Bahagian Enjin Anggota Polis Sandakan

Ular Tedung Dalam Bahagian Enjin Anggota Polis Sandakan

0
SHARE
Bomba
Anggota bomba mengeluarkan ular tedung dari kenderaan terbabit ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Pasukan Bomba daerah ini menjalankan khidmat kemanusiaan dengan menangkap seekor ular tedung yang berada di dalam bahagian enjin sebuah Proton Saga di Pangsapuri PDRM, Batu 4 pagi Khamis.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 11.21 pagi.

Katanya, sepasukan lapan yang tiba di lokasi dalam masa 12 minit bertindak menangkap ular sepanjang satu meter berkenaan dengan menggunakan peralatan khas (penjepit).

“Seterusnya ular tedung itu dilepaskan di hutan yang jauh dari kawasan perumahan.

“Tiada mangsa yang terlibat,” kata seorang jurucakap agensi, sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 11.34 pagi.