G57 Harap PM Tidak Hadiri Himpunan BN Sabah Di Sandakan, Dikhuatiri Ganggu...

G57 Harap PM Tidak Hadiri Himpunan BN Sabah Di Sandakan, Dikhuatiri Ganggu Keharmonian GRS – PH

0
SHARE
Zulkarnain
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar...

KOTA KINABALU, SABAH – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menyatakan harapan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk tidak hadir dalam acara Himpunan BN Sabah yang dijadualkan bakal berlangsung di Dewan SMJK Tiong Hua Sandakan pada 21 Julai ini.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain berkata ia
adalah bagi menjaga kehormanian diantara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan negeri Sabah ketika ini.

“Adalah diakui wujud cadangan menggabungkan komponen Barisan Nasional (BN) dan PH untuk menentang GRS pada PRN-17 akan datang tetapi G57 berkeyakinan kepimpinan PH di Sabah akan menolak cadangan itu dan berkeyakinan PH akan terus berkerjasamasa dengan GRS.

“Harus diingat UMNO termasuk WARISAN dan KDM adalah parti pembangkang di Sabah manakala GRS dan PH adalah parti yang membentuk kerajaan.

“Sudah tentu kehadiran Anwar ke perhimpunan tersebut dilihat sebagai satu usaha memecahbelahkan kesatuan diantara GRS dan PH di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata tindakan kepimpinan UMNO Sabah cuba mengadakan perhimpunan BN dan mengundang Anwar menghadiri program terbabit disifatkan sebagai satu strategi bagi menjayakan misi untuk menganggu kesatuan GRS dan PH di Sabah.

“Justeru G57 berharap agar Anwar tidak hadir dan membiarkan kepimpinan UMNO-BN menentukan hala tuju mereka di Sabah memandangkan BN termasuk GRS dan PH bersama-sama membentuk kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan ketika ini.

“Ini bukan soal takut tetapi melibatkan Anwar dalam perhimpunan BN sangat tidak wajar dan pada masa yang sama, komponen tersebut adalah seteru kepada GRS dan PH.

“Ia turut dikhuatiri boleh mengundang ketidaktentraman dikalangan parti-parti yang bersama membentuk kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

“Anwar juga acap kali telah menyatakan keyakinan beliau terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah justeru keyakinan itu harus diterjemahkan untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran BN di Sabah,” katanya.