Tertembak Diri Guna Bakakuk Nenek Ketika Keluar Memburu Rusa

Tertembak Diri Guna Bakakuk Nenek Ketika Keluar Memburu Rusa

0
SHARE

NABAWAN, SABAH –  Seorang lelaki berusia 28 tahun parah tertembak dirinya sendiri dengan senapang bakakuk (senapang patah buatan sendiri) ketika memburu rusa di Kampung Panganitan sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Anak Garai berkata petani terbabit mengalami kecederaan parah pada empat jari di tangan kirinya serta bidai retak akibat tembakan.

“Siasatan awal mendapati mangsa keluar memburu seorang diri di lokasi kira-kira tiga kilometer dari kampungnya di mana dia tergelincir lalu tertembak dirinya sendiri.

“Mangsa sempat mengikat luka pada tangannya walaupun berada dalam kesakitan.

“Adik lelaki mangsa keluar mencarinya setelah belum pulang ke rumah. Mangsa ditemui dalam keadaan lemah lalu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Nabawan,” katanya melalui kenyataan.

Difahamkan mangsa berada dalam keadaan stabil selepas dipindakan ke Hospital Keningau.

Polis turut merampas bakakuk berkenaan yang merupakan warisan dari nenek mangsa dua tahun yang lalu bagi melindungi ladang mereka dari babi hutan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.