Veteran Umno Yakin Kerjasama Melayu Umno–Pas Boleh Ambil Selangor

Veteran Umno Yakin Kerjasama Melayu Umno–Pas Boleh Ambil Selangor

0
SHARE

SHAH ALAM: Kerjasama strategik antara Umno dan Pas dilihat mampu membuka laluan kepada pembangkang untuk merampas semula Selangor, kata Ketua Veteran Umno Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zain.

Sinar Harian melaporkan beliau sebagai berkata gabungan kedua-dua parti yang memiliki jentera akar umbi kuat boleh membentuk blok politik Melayu paling berpengaruh di negeri itu.

Kekuatan Umno secara bersendirian dianggap masih belum mencukupi.

Menurutnya, perkara itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat Veteran Umno Shah Alam pada Ahad, dengan kedua-dua parti masih mewakili sokongan Melayu terbesar berbanding PKR, Amanah dan rakan gabungan masing-masing.

Walaupun Umno lebih sederhana dan Pas berteraskan Islam, kedua-duanya berkongsi matlamat berkaitan agama dan kepentingan Melayu.

Beliau turut mencadangkan pembahagian kerusi secara strategik berdasarkan kekuatan kawasan bagi meningkatkan peluang kemenangan serta keberkesanan khidmat kepada rakyat.