Gempa 6.8 Magnitud di Kudat Tiada Ancaman Tsunami, Namun Sabah Perlu Persediaan...

Gempa 6.8 Magnitud di Kudat Tiada Ancaman Tsunami, Namun Sabah Perlu Persediaan Rapi

0
SHARE

KOTA KINABALU: Gempa bumi 6.8 magnitud kira-kira 49 km barat Kudat pada tengah malam Isnin tidak menimbulkan tsunami atau kerosakan.

Profesor Dr Rodeano Roslee dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipetik Bernama berkata ia adalah “panggilan bangun” kepada penduduk untuk meningkatkan persediaan menghadapi bencana, terutama di zon risiko sederhana Sabah.

Gempa ini sebahagian daripada corak seismik dalam zon Wadati–Benioff, dengan kejadian serupa pernah direkodkan di Kota Kinabalu dan Ranau.

Dr Muhd Nur Ismail Abdul Rahman (UMT) menjelaskan pergerakan plat tektonik Indo-Australia, Eurasia dan Filipina menyebabkan tekanan tinggi sehingga menghasilkan gegaran, manakala fenomena “Deep Slab Deformation” mengurangkan impak di permukaan.

Prof Dr Rosmadi Fauzi (UM) menyeru penggunaan GIS dan pendidikan geografi untuk persediaan bencana.

MetMalaysia pula mengesahkan ia gempa terkuat dalam 11 tahun tanpa ancaman tsunami.