Penunggang Skuter Terperosok Parit

Penunggang Skuter Terperosok Parit

0
SHARE

KOTA KINABALU – Seorang lelaki dewasa luka di bahagian kaki setelah hilang kawalan skuter ditungganginya di Jalan Pantai Sutera Harbour sini petang kelmarin.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.39 petang.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke Hospital Queen 1 menaiki Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

“Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tidak ada kemerbahayaan lain. Operasi tamat pada jam 2.56 petang,” kata seorang jurucakap bagi agensi penyelamat itu.