RAWALPINDI, PAKISTAN – Satu video tular di media sosial baru-baru ini dilabelkan sebagai menggelikan apabila seorang Menteri di Pakistan memotong pita (ribbon) semasa perasmian sebuah kedai dengan menggunakan giginya.
Pada hari Khamis lalu, Menteri Penjara Pakistan, Fayyaz-ul-Hassan Chohan telah diundang untuk memotong pita bagi merasmikan sebuah kedai elektronik di wilayahnya di Rawalpindi.
Ini menjadi kebiasaan orang atau mana-mana pertubuhan mengundang ahli politik untuk membuka acara atau merasmikan sesuatu majlis.
India.com melaporakan bahawa Chohan pada mualanya cuba memotong pita dengan menggunakan gunting kecil tetapi tidak dapat.
VIDEO tular yang menunjukkan Menteri Pakistan terpaksa memotong pita (ribbon) dengan menggunakan giginya…
Ekoran terasa sedikit malu, Menteri itu berusaha lagi tetapi tetap juga tidak dapat memotong pita itu kerana gunting tumpul.





