WAD O&G HOSPITAL TUARAN DITUTUP BERMULA 21 JULAI

WAD O&G HOSPITAL TUARAN DITUTUP BERMULA 21 JULAI

0
SHARE

TUARAN, SABAH – Wad Obstetrik dan Ginekologi (O & G) Hospital Tuaran akan ditutup ENAM (6) hari bermula 21 sehingga 26 Julai bagi kerja-kerja pembasmian kuman (Terminal Cleaning).

Penutupan ini dibuat segera ekoran seorang kakitangan yang telah disahkan positif COVID-19, kata Pengarah Hospital Tuaran Dr G Mohan Gopal Naidoo dalam satu kenyataan kelmarin (Rabu).

“Semua kakitangan dan pesakit akan menjalani saringan COVID-19 dan kerja-kerja pembersihan terminal akan dilakukan di wad tersebut…

“Walau bagaimanapun, wad Pusat Kemasukan Pesakit (PAC) masih menerima pesakit namun bagi tujuan penilaian (assesment) sahaja,” katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataan rasmi Pengarah Hospital Tuaran Dr G Mohan Gopal Naidoo kelmarin (Rabu) berhubung penutupan Wad Obstetrik dan Ginekologi (O & G) Hospital Tuaran…