Wanita 98 Tahun Cedera Jatuh Pokok, Seorang Lagi Warga Emas Hilang

Wanita 98 Tahun Cedera Jatuh Pokok, Seorang Lagi Warga Emas Hilang

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Seorang ‘nenek’ di Taman Century sini mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas jatuh ketika memotong dahan pokok mangga kelmarin (Rabu).

Pasukan penyelamat di lokasi kejadian kira-kira 4.30 petang itu menganggarkan wanita berumur 98 tahun terbabit telah jatuh dari ketinggian lapan (8) kaki…

“Mangsa diberikan rawatan oleh Pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital menggunakan Jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Sementara itu, di Tawau, seorang lelaki berumur 60 tahun dilaporkan hilang di kawasan Bukit Kukusan.

Menurut sumber yang sama, Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Tawau juga pada sekitar jam 4.30 petang.

Katanya mangsa, Masri Bachi, dikatakan hilang di kawasan luar rumah dan tidak kembali sejak jam 10 pagi Rabu…

“Pasukan mencari dan menyelamat terbahagi kepada termasuk agensi dan penduduk kampung.

“Operasi dijalnakan dengan radius pencarian 1 km dari rumah mangsa namun masih belum dijumpai,” katanya.

Operasi ditangguh pada jam 6.30 petang semalam dan akan disambung hari ini.