Wanita Diseru Tampil Ambil Saringan Kesihatan Percuma

Wanita Diseru Tampil Ambil Saringan Kesihatan Percuma

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kanser serviks dikesan dalam 94 daripada 1334 wanita menerusi saringan kesihatan bergerak oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) Sabah pada tahun ini sahaja.

Sebuah bas ekspres telah melakukan perjalanan ke kawasan luar bandar negeri ini sejak Januari sudah menghampiri 2,000 kuota tahunan mamogram percuma.

Pengarah LPPKN Sabah, Suszma Khairitszi Mamat berkata, daripada 1,500 saringan sehingga Mei lalu, tiada kanser payudara di kesan.

“Selain mamogram, kami menyasarkan 2600 ujian HPV. Setakat ini kami telah melaksanakan lebih 50 daripada 150 lokasi sasaran namun kuota hampir habis…

“Tetapi kita akan teruskan usaha. Kita sudah ada jadual yang dipenuhi dengan kawasan mana orang ramai memerlukan perkhidmatan kami,” katanya ketika ditemui di salah sebuah hentian di tempat letak kereta SJKC Shan Tao di Kepayan Ridge di sini tengah hari Sabtu.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang hadir, dalam pada itu menyeru lebih ramai wanita Sabah menjalani saringan yang ditawarkan secara percuma itu.

Beliau berkata peratusan kaum wanita yang keluar setakat ini menunjukkan bahawa kesedaran akan kesihatan yang baik wujud dalam kalangan masyarakat dan usaha kerajaan mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Saya percaya usaha bergerak itu akan memastikan orang ramai kekal sihat sama juga seperti hubungan mereka dengan kerajaan selain menjimatkan wang.

“Ujian ini akan berharga RM160 jika dilakukan di klinik swasta. Saya menggesa lebih ramai wanita untuk mengambilnya secara percuma.

“Kuota itu boleh ditambah berdasarkan keperluan rakyat,” katanya kepada wartawan.