Wanita Maut Dalam Kemalangan Yang Berlaku Di Jalan Paris Satu

Wanita Maut Dalam Kemalangan Yang Berlaku Di Jalan Paris Satu

0
SHARE

KINABATAGAN, SABAH – Seorang lagi wanita maut dalam kemalangan kereta di Jalan Paris Satu sini yang telah meragut DUA (2) nyawa hari ini.

Kejadian kira-kira 12 tengah hari tadi berlaku 5 jam selepas kemalangan pertama di kawasan Kampung Paris yang sama.

Pusat Gerakan Operasi bomba berkata kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi bertembung dengan Lori tanker 20 tan yang membawa muatan simen.

“Mangsa (pemandu MyVi) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak pegawai perubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, PPgB Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata kawasan kemalangan antara dua kes kemalangan berkenaan berjarak beza lebih kurang 3 KM.

Beliau berkata antara faktor kekerapan kemalangan pada jalan lurus tersebut mungkin adalah memotong selain daripada memandu secara laju.

Pada jam 4 petang semalam seorang pemandu Perodua Alza bersama penumpang cedera parah di bahagian kepala selepas turut mengalami kemalangan pada jalan yang sama.

Sumber Foto: Ihsan Bomba Sabah…