KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian di Sabah terus meningkat dengan penambahan 34 kes daripada jumlah kelmarin membawa kepada 226 KES hari ini.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, lebih banyak daerah mencatat kes baharu dua angka dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 46 kes.
“Ia diikuti dengan Tuaran dengan 37 kes, manakala lapan (8) daerah lain lagi mencatatkan kes antara 10 hingga 18 kes…
“Cuma tiga daerah tidak mencatat sebarang kes baharu,” katanya dalm rumusan harian.
Katanya Tuaran dan Tawau merekodkan peningkatan kes baharu yang agak tinggi berbanding jumlah semalam, masing-masing dengan +17 kes dan +14 kes manakala Ranau satu-satunya daerah yang menunjukkan penurunan kes baharu yang dianggap signifikan iaitu -12.
Seramai 226 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2. Dua orang dalam Kategori 3 dan seorang masing-masing dalam Kategori 4 dan 5. Satu kes lagi masih disiasat.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (30 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 46 (37)
Tuaran – 37 (20)
Penampang – 18 (17)
Tawau – 15 (1)
Kota Belud – 14 (14)
Keningau – 13 (6)
Papar – 12 (8)
Ranau – 12 (24)
Putatan – 11 (17)
Beaufort – 10 (10)
Sandakan – 9 (3)
Tambunan – 7 (6)
Beluran – 4 (1)
Kuala Penyu – 2 (2)
Telupid – 2 (1)
Lahad Datu – 2 (1)
Kinabatangan – 2 (2)
Kota Marudu – 2 (3)
Pitas – 2 (1)
Kudat – 2 (0)
Semporna – 1 (0)
Sipitang – 1 (5)
Tenom – 1 (6)
Tongod – 1 (5)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (2)
Kalabakan – 0 (0)





