DBKK Tutup Teluk Awam Likas, Pantai Tanjung Aru 1 Untuk Kekang Penularan...

DBKK Tutup Teluk Awam Likas, Pantai Tanjung Aru 1 Untuk Kekang Penularan Wabak

0
SHARE
Datuk Bandar (Mayor) Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip

KOTA KINABALU, SABAH – Teluk Awam Likas dan Pantai Tanjung Aru 1 ditutup pada hari-hari memasuki tahun baru 2022 dalam langkah kawalan pencegahan penuluran wabak COVID-19.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)dalam kenyataan hari ini berkata penutupan bermula esok (31 Dis) pada jam 1 tengah hari esok (Jumaat) sehingga jam 6 pagi hari pertama tahun 2022 iaitu Sabtu.

Menurut Mayor Datuk Noorliza Awang Alip, tindakan itu selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 yang baru sahaja dikemaskini pada Selasa.

“DBKK menasihatkan orang ramai untuk tidak mengunjungi dan menggunakan taman-taman tersebut semasa tempoh penutupan berkenaan agar dapat mengurangkan risiko penyebaran wabak,” katanya.