RANAU, SABAH – Seorang wanita yang dilaporkan hilang ditemui lemas oleh penduduk kampung berhampiran Sungai Ulu Sugut Karagasan di sini pada 9.30 pagi kelmarin (Selasa).
“Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, berkata mangsa Elly Jumat, 35, telah hanyut dibawa arus dan dijumpai 40 KM daripada kawasan yang dilaporkan hilang iaitu di Kampung Lobou Lama, Timbua,” katanya.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib, keluarga mangsa mengesyaki bahawa Elly tergelincir ketika sedang melintas jambatan dalam perjalanan ke rumah nenek beliau.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak polis,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada pukul 2 petang.