LAHAD DATU, SABAH – Polis Marin Lahad Datu berjaya mematahkan aktiviti cubaan seludup rokok tidak bercukai di kawasan Bangunan Ko-Nelayan di pada petang semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Supt Gan Ping Sin berkata, pihaknya telah membuat pemerhatian keatas penyimpanan barang di kawasan tersebut.
“Hasil pemeriksaan telah menemui rokok tidak bercukai yang ditinggalkan dalam sebuah perahu dan bahagian bawah bangunan tersebut…
“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM32,968,” katanya dalam sebuah kenyataan semalam.
Kesemua rokok seludup dan perahu telah dirampas dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut sementara kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.
“Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-9391197,” ujar Gan.





