Dua Bot Nelayan Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan

Dua Bot Nelayan Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua buah bot nelayan tempatan yang menggunakan kru warganegara asing tanpa dokumen pengenalan diri yang sah di dua kedudukan berbeza sekitar perairan Pulau Mengalum pagi semalam.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Hj. Mohd Rosli Abdullah, bot pertama ditahan sekitar jam 8.50 pagi dikedudukan sekitar 8.4 batu nautika tenggara Pulau Mengalum.

“Pemeriksaan ke atas tekong beserta kru mendapati empat kru warga Indonesia anggaran umur 23 hingga 42 tahun serta dua orang kru etnik bajau laut anggaran umur 17 hingga 25 telah gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah semasa diperiksa.

“Pemeriksaan ke atas bot kedua pula dilakukan pada jam lebih kurang 9.20 pagi dikedudukan sekitar 8.5 batu nautika tenggara…

“Hasil pemeriksaan mendapati empat orang kru termasuk tekong warga Indonesia berusia lingkungan 22 ke 59 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati pemilik bot berkenaan gagal memaklumkan penukaran nakhoda kepada Jabatan Laut Malaysia,” katanya.

Kedua-dua bot nelayan tersebut telah diiringi masuk ke Jeti Maritim Negeri Sabah.

Mohd Rosli berkata kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut sambil menambah kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1956/6 serta Akta Perkapalan Saudagar 1952.