Warga Emas Tersepit Di Bawah Hilux Ketika Memuatkan Barang

Warga Emas Tersepit Di Bawah Hilux Ketika Memuatkan Barang

0
SHARE

RANAU, SABAH – Seorang warga emas lelaki tersepit di bawah Toyota Hilux SR miliknya di Kampung Kimolohing sini subuh tadi.

Mangsa Hee Tain Tau @ Abau, 68, sedang memuatkan barang ke kenderaan pacuan empat roda terbabit apabila ia tiba-tiba meluncur ke belakang.

Seramai lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ranau bertindak kepada panggilan kecemasan 5.46 pagi itu.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas Airbag.

“Mangsa diberikan rawatan awal dan seterusnya dihantar ke Hospital Ranau menggunakan Emergency Medical Rescue Services (EMRS),” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, pasukan menamatkan operasi pada jam 7.10 pagi.