Qatar Berjaya Jadi ‘Orang Tengah’ Capai Gencatan Senjata Israel – Hamas Selama...

Qatar Berjaya Jadi ‘Orang Tengah’ Capai Gencatan Senjata Israel – Hamas Selama Empat Hari

0
SHARE
Gaza
Suasana rakyat di Gaza ( Sumber Foto: Getty Images )

DOHA, QATAR – Negara Qatar mengumumkan kejayaan menjadi orang tengah bersama Mesir dan US dalam rundingan antara Israel dan Hamas yang membawa kepada persetujuan untuk gencatan senjata selama empat hari.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Qatar, tempoh gencatan boleh dipanjangkan lagi.

Perjanjian itu termasuk pembebasan 50 tawanan kanak kanak dan wanita Israel yang ditahan di Semenanjung Gaza sebagai pertukaran kepada pembebasan tahanan wanita dan kanak kanak Palestin di penjara Israel.

Jumlah yang akan dibebaskan akan meningkat dalam fasa seterusnya pelaksanaan perjanjian.

“Gencatan Senjata Kemanusiaan akan dilaksanakan bagi membolehkan lebih banyak trak dan konvoi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza termasuk bahan api untuk tujuan kemanusiaan.

“Negara Qatar mengulangi komitmen untuk meneruskan usaha diplomatik bagi mengurangkan ketegangan, menghentikan pertumpahan darah dan Melindungi orang Awam. Sebagai penghargaan. Kami menghargai usaha Mesir dan US dalam membolehkan perjanjian ini tercapai.

“Kami harap ini dapat memberikan kelegaan dan menyembuhkan luka dan dapat memenuhi kehendak kemenangan pejuang kami dalam menghadapi musuh Zionis,” katanya.

Kementerian itu berkata, selepas rundingan yang sukar dan rumit selama beberapa hari, dengan pertolongan Allah Yang Maha Esa, perjanjian itu mampu dicapai dengan usahasama Qatar dan Mesir yang gigih dan amat dihargai,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Antara syarat persefahaman itu ialah gencatan senjata dari kedua-dua belah pihak, pemberhentian semua tindakan ketenteraan termasuk pergerakan masuk oleh tentera penjajah di semua kawasan di Semenanjung Gaza.

Membawa ratusan trak bantuan kemanusiaan, bantuan, perubatan dan bahan api ke semua kawasan di Semenanjung Gaza, tanpa pengecualian, di utara dan selatan.

Pembebasan 50 orang wanita dan kanak-kanak tahanan Israel di bawah umur 19 tahun sebagai pertukaran untuk pembebasan 150 wanita dan kanak-kanak rakyat Palestin dari penjara penjajah di bawah umur 19 tahun.

Menghentikan melintasi laluan udara Gaza selatan selama empat hari dan laluan udara di Utara Gaza selama 6 jam sehari dari 10 pagi hingga 4 petang.

Katanya, semasa tempoh gencatan senjata, penjajah Israel tidak boleh menyerang atau menangkap sesiapa sahaja di semua kawasan di Semenanjung Gaza.

Dengan itu, kebebasan pergerakan orang ramai (dari utara ke selatan) di sepanjang Jalan Solahuddin harus dipastikan.

“Syarat-syarat perjanjian ini telah dirumuskan selaras dengan visi pejuang yang bertujuan untuk berkhidmat kepada rakyat Palestin dan menguatkan keteguhan mereka dalam menghadapi penjajah.

“Kami sentiasa mengambil kira pengorbanan, penderitaan dan kebimbangan mereka. Rundingan ini dijalankan dengan penuh keteguhan meskipun terdapat banyak cubaan untuk melengah-lengahkan masa dan menangguhkan rundingan.

“Semasa mengumumkan perjanjian gencatan senjata, kami mengesahkan tangan kami akan kekal pada penaung dan briged kami yang menang akan terus berjaga-jaga untuk mempertahankan rakyat Palestin dan mengalahkan penjajah dan pencerobohan.

“Kami berjanji kepada Palestin bahawa kami akan tetap setia kepada mereka, pengorbanan mereka, kesabaran mereka, ikatan mereka, dan aspirasi mereka untuk pembebasan, pemulihan hak, dan penubuhan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya,” katanya.