KOTA KINBALU, SABAH – Pelancaran manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijangka memberi fokus kepada kerajaan bersih serta berintegriti sekali gus bersifat inklusif dan adil.
Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman berkata manifesto terbabit juga akan merangkumi visi memperkukuh perpaduan, selain menawarkan tadbir urus yang telus sekiranya dipilih menerajui kerajaan dan sesebuah kawasan Parlimen.
Menurutnya, manifesto tersebut akan dilancarkan dalam tempoh terdekat itu yakin bakal memenuhi keperluan rakyat di negara ini.
“Kita inginkan pemerintahan yang akan melaksanakan tanggungjawab dengan telus disamping melaksanakan pemerintahan adil serta saksama agar semua lapisan rakyat…
“Kita serahkan kepada presiden parti untuk menetapkan tarikh bagi pelancaran manifesto ini yang dilihat ringkas namun memiliki kandungan yang sangat mendalam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media dalam program ceramah dan kempen di Kampung Pulau Sepanggar di sini, semalam.

bersama penduduk kampung pulau Sepanggar…(Sumber Foto: Ihsan WARISAN)

melawat sekitar kawasan Kampung Pulau Sepanggar dalam siri ceramah dan kempen PRU15…(Sumber Foto: Ihsan WARISAN)
Ketika berucap dalam program ceramah serta kempen di Pulau Sepanggar, Mohd Azis berkata, rakyat kini faham tugas serta tanggungjawab mereka dalam PRU15 ini.





