Warisan Janji Mansuhkan Pinjaman PTPTN Untuk Anak-Anak Sabah – Shafie

Warisan Janji Mansuhkan Pinjaman PTPTN Untuk Anak-Anak Sabah – Shafie

0
SHARE

SEMPORNA: Parti Warisan berjanji untuk memansuhkan dan menyelesaikan semua hutang pendidikan anak negeri Sabah yang diperoleh melalui PTPTN dan Yayasan Sabah sekiranya diberi mandat memerintah Kerajaan Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Memetik laporan Jesseleton Times, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menegaskan bahawa peminjam berstatus anak negeri tidak akan lagi terbeban dengan hutang pendidikan apabila Warisan melaksanakan dasar pendidikan percuma khusus untuk rakyat Sabah.

“Saya akan pastikan semua hasil kembali ke Yayasan Sabah dan saya akan beri biasiswa percuma jika yayasan ini mempunyai dana yang mencukupi untuk anak-anak Sabah yang kurang berkemampuan,” tambah beliau.

Beliau turut menyatakan komitmennya untuk memansuhkan hutang pegawai kerajaan, sama ada masih bertugas atau sudah berpencen yang masih menanggung hutang pinjaman Yayasan Sabah.

Selain itu beliau turut menyatakan bahawa pihaknya akan membantu graduan Sabah yang menghadapi kesukaran membayar ansuran kereta atau sewa rumah.

Janji ini dijangka menjadi antara manifesto utama Warisan dalam PRN akan datang dan menjadi tawaran menarik kepada pengundi muda serta golongan terjejas dengan hutang pendidikan.