Progran ‘Homeward’ Merakyatkan Perkhidmatan Kerajaan – Shahelmey

Progran ‘Homeward’ Merakyatkan Perkhidmatan Kerajaan – Shahelmey

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Program Homeward merupakan satu pendekatan holistik kerajaan bagi merakyatkan perkhidmatan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata ianya dilaksanakan di seluruh daerah dengan melibatkan banyak agensi dan jabatan yang berkenaan dalam memastikan masyarakat sasar terus disantuni.

“Program Homeward ini telah dilaksanakan di seluruh daerah di Negeri Sabah…

“Pada awal pelancaran Program Homeward ini, kita hanya mensasarkan sebanyak 100 orang penerima, tetapi sejak ianya dilaksanakan kita telah mendapat kitaran sebanyak 242 peratus…

“Saya berharap dengan adanya Program Homeward Ini akan benar-benar dapat membantu merakyatkan perkhidmatan bagi tujuan kesejahteraan rakyat terutamanya bagi mereka yang memerlukan”, katanya.

Shahelmey berkata demikian selepas membuat tinjauan ke kawasan perkampungan Kg Kota Ayangan, Kg Tohan Baru dan Kg Antolob, daerah Keningau, hari ini.

Jelasnya, tinjauan tersebut bertujuan untuk memastikan mekanisma penyampaian program ini berjalan lancar.

Shahelmey juga menyeruh Badan-Badan Bukan Kerajaan untuk sama-sama membantu dalam menyumbang kepada masyarakat.

“Tinjauan Ini bertujuan untuk melawat dan melihat sendiri keadaan penerima-penerima katil boleh laras Ini.

“Saya juga sempat berbual dengan mereka untuk meninjau mekanisma pemberian program ini untuk tujuan penambahbaikkan.

“Kita berharap bukan sahaja daripada pihak Kerajaan tetapi Badan-Badan Bukan Kerajaan yang berkemampuan untuk turut sama-sama menyumbang menjayakan program seperti ini” katanya.

Untuk rekod, Program Homeward merupakan sebuah program berimpak tinggi Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah dengan sumbangan daripada Yayasan Petronas yang tersenarai dalam flagship Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Program ini berkonsepkan pinjaman alat keperluan asas rumah sakit kepada orang terlantar sakit, warga tua dan OKU dari golongan B40. Selain daripada katil boleh laras, terdapat juga keperluan-keperluan seperti kerusi roda, ‘oxygen concentrator dan lain-lain.