Wartakan Sambutan Hari Orang Asal Peringkat Sabah – Ruslan

Wartakan Sambutan Hari Orang Asal Peringkat Sabah – Ruslan

0
SHARE

KOTA BELUD: Sambutan Hari Orang Asal Sedunia dicadang untuk diwartakan sebagai sambutan di peringkat Kerajaan Negeri.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, ia bagi menjadikan sambutan itu sebagai satu pakej pelancongan yang menarik di negeri ini.

“Pertamanya kita perlu mempromosikan secara meluas dan banyak keunikan Orang Asal itu yang mungkin tidak terdapat ditempat lain.

“Di Sabah dan Sarawak saja banyak suku kaum, jadi kalau kita promosi daripada seluruh dunia dia akan menarik pelancong yang ramai untuk datang ke Sabah kerana keunikan suku kaum itu sendiri termasuklah makanan dan kebudayaan.

“Ini adalah salah satu platform yang mungkin kita mendapatkan juga satu tarikh sesuai oleh Orang Asal, satu sambutan untum kita cuba wartakan di Peringkat Kerajaa Negeri agar ia menjadi satu pakej pelancongan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Orang Asal Sedunia di Dewan Kadamaian Square di sini, semalam.

Sambutan itu disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Ruslan yang juga Presiden Persatuan Bersatu Bisaya Sabah (PBBS) berkata, kehadiran pelancong luar ke negeri ini bagi melihat sambutan Orang Asal juga diyakini mampu memberi impak besar kepada Sabah.

“Ia termasuklah dari segi pendapatan masyarakat setempat termasuk penginapan pengunjung,” katanya.