KOTA KINABALU, SABAH – Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menyampaikan sumbangan keseluruhan berjumlah RM 30,000 kepada 15 pelajar tahfiz.
Sumbangan disampaikan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.
Setiausaha Sulit Kepada Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Abinan Asli memaklumkan setiap pelajar tersebut menerima RM2,000 dan akan melanjutkan pengajian di luar negara antaranya di Universiti Al Azhar, University Markaz Zayed Azhar serta Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar, Mesir.
Beliau yang juga Bendahari Kehormat YNJ berharap pemberian sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit beban serta suntikan semangat kepada para pelajar terbabit.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Lembaga Pengarah YNJ, Datuk Dr Abdul Kadir Rosline, Datuk Raksan Matasil dan Awang Hafizul Awang Muslaini.
Rata-rata pelajar yang ditemui menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diterima serta berazam untuk kembali berkhidmat di Malaysia selepas menamatkan pengajian kelak.