LAHAD DATU, SABAH – Kemahiran tekap serta penggunaan teknik shibori menghasilkan batik kreatif yang semakin mendapat sambutan ramai.
Pengusaha kraft batik, Immah Pelmbang, 52, dari Kampung Tabanak menggunakan kaedah itu selain ikat celup atau ‘tie dye’ dan ‘ecoprint’ dengan menggunakan warna-warna alam dalam penghasilan batik beliau.
“Kemahiran tekap dihasilkan daripada penggunaan bahan semulajadi seperti daun jati, ketapang, telang dan kelor.
“Penghasilan kemahiran tekap dapat disiapkan bergantung kepada jumlah tempahan yang diberikan…
“Pada musim hujan menjadi cabaran kepada saya untuk memutik daun-daun dan masuk ke dalam hutan untuk mendapatkan daun tersebut sekiranya mendapat tempahan yang banyak,” kongsinya ketika ditemui media di kediamannya, di sini baru-baru ini.
Tambah beliau, rekod penghasilan batik keluarannya setakat ini adalah 150 helai batik dalam sebulan atas permintaan pelanggan.