JERMAN – Seorang lelaki berasal dari Magdeburg, Jerman sanggup menerima 90 dos suntikan vaksin COVID-19 agar beliau boleh menjual kembali sijil vaksinasi tersebut kepada orang lain.
Menurut laporan MailOnline, sijil tersebut mempunyai nombor siri sebenar dan dijual kepada individu yang enggan menerima suntikan vaksinasi.
Suspek yang berusia 60 tahun itu dilaporkan menerima 90 suntikan di beberapa buah pusat vaksinasi selama beberapa bulan sebelum diberkas polis…
Aktiviti suspek akhirnya dikesan polis selepas dia menerima suntikan vaksinasi selama dua hari berturut-turut di sebuah pusat vaksinasi di Eilenburg, dalam negeri Saxony.
Suspek tidak ditahan, namun agensi berita Jerman, Dpa melaporkan bahawa dia kini disiasat pihak polis atas tuduhan mengedarkan kad vaksinasi tanpa kebenaran dan pemalsuan dokumen.
Beberapa keping kad kosong turut dirampas daripada suspek.