VIDEO TULAR LELAKI HAYUN SABIT ATAS KERETA POLIS DITANGKAP ‘BASAH’

VIDEO TULAR LELAKI HAYUN SABIT ATAS KERETA POLIS DITANGKAP ‘BASAH’

0
SHARE
Tangkap layar (screenshot) daripada sebuah video tular seorang lelaki berdiri di atas kereta peronda polis sambil menghayun sabit di hadapan Balai Polis Gopeng, Perak...

GOPENG, PERAK – Seorang lelaki yang berdiri sambil menghayun sabit di atas sebuah kereta peronda polis ditangkap “basah” dengan bantuan semburan hos bomba.

Menurut sumber berita Utusan Online, insiden berlaku kira-kira pukul 8 pagi tadi di hadapan Balai Polis Gopeng.

Video rakaman berdurasi 43 saat itu telah tular di media sosial Facebook dan juga sebaran aplikasi WhatsApp hari ini.

Suspek dilihat tewas kepada tekanan air kuat dan pada saat mengundurkan diri, polis dengan perisai rusuhan terus meluru memberkasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO tular seorang lelaki berdiri di atas kereta peronda polis sambil menghayun sabit di hadapan Balai Polis Gopeng, Perak hari ini (8 Sept)..

Utusan Online yang telah berhubung dengan Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim, mengesahkan kejadian itu.

Siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap suspek dan maklumat lanjut akan disalur kepada pihak media dalam masa terdekat.