Sabah Masih Catat Angka Membimbangkan Dengan Merekodkan 2,067 Kes Baharu COVID-19 Hari...

Sabah Masih Catat Angka Membimbangkan Dengan Merekodkan 2,067 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes baharu COVID-19 hari ini (8 Sept) cuma turun 40 kes berbanding kelmarin iaitu 2,067 kes.

Angka tersebut masih mengundang kerisauan serta kebimbangan kerana berada dalam julat melepasi angka 2,000 kes.

Jurcakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Bandar Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan 65 kes setelah baru sahaja melihat penurunan pada hari sebelum ini.

“Tetapi kes di kawasan perbandaran lain seperti Sandakan, Penampang dan Keningau mencatatkan penurunan kecuali Tuaran dan Kudat…

“Daerah lain juga mencatat penurunan kes kecuali Kota Belud (naik 32 kes), Kinabatangan (naik 20 kes), Tongod (naik 57 kes), Pitas (naik 15 kes), Beluran (naik 6 kes), Kunak (naik 3 kes), Semporna (naik 1 kes) dan Kuala Penyu (naik 4 kes),” jelasnya.

Sejumlah 938 kes yang dicatat pada hari ini merupakan kes daftar lewat antara dua (2) hingga melepasi lima (5) hari.

Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama dengan (1,086) kes atau 52.4 peratus daripada jumlah kes harian.

Masidi berkata di Kota Kinabalu, 31.7 peratus daripada kes daerah tersebut hari ini berpunca daripada Saringan Bergejala, diikuti Tawau 56.1 peratus, Penampang 46.2 peratus dan Sandakan dengan 22.9 peratus.

Kebanyakkan daripada kes baharu yang dicatat hari ini berada dalam Kategori 2 iaitu sejumlah 1,355 kes.

“Setakat Isnin, seramai 1,312,824 atau 47.59 peratus penduduk dewasa negeri Sabah telah pun memperolehi vaksin lengkap dan 1,791,183 atau 64.94 peratus lagi telah memperoleh satu dos,” kata Masidi.

Dalam pada itu, sebanyak 18,547 kes dicatat seluruh negara pada hari ini (8 Sept) menunjukkan Sabah menjadi negeri KEEMPAT TERTINGGI di Malaysia selepas Sarawak yang mencatatkan 3,100 kes baharu positif COVID-19, Selangor (2,989 Kes) dan Pulau Pinang (2,474 Kes).

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SARAWAK mencatat kes tertinggi hari ini (08 September 2021) sebanyak 3,100 KES daripada keseluruhan 19,733 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (08 September) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 347 (282)
Sandakan – 306 (308)
Tuaran – 163 (148)
Keningau – 122 (123)
Tawau – 107 (128)
Kota Belud – 107 (75)
Penampang – 106 (167)
Kinabatangan – 82 (62)
Kudat – 78 (42)
Tongod – 73 (16)
Papar – 70 (95)
Lahad Datu – 62 (84)
Putatan – 61 (80)
Kota Marudu – 48 (75)
Telupid – 39 (93)
Ranau – 37 (59)
Pitas – 37 (22)
Beluran – 36 (30)
Nabawan – 32 (45)
Beaufort – 32 (39)
Kunak – 31 (28)
Tenom – 22 (31)
Semporna – 19 (18)
Tambunan – 18 (20)
Kalabakan – 16 (22)
Sipitang – 12 (15)
Kuala Penyu – 4 (0)