100 Murid Sertai Program Jalinan Muhibbah Khutubkhanah

100 Murid Sertai Program Jalinan Muhibbah Khutubkhanah

0
SHARE
Kasim
Kasim (dua dari kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Rampayan menyertai Program Jalinan Muhibbah Khutubkhanah.

Program anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sabah (PPMKS) itu dirasmikan oleh wakil Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia, Prof Datuk Dr Kasim Mansor di sini, pada Sabtu.

Menurut beliau, program tersebut dapat memupuk semangat kebersamaan selain menjadi peluang untuk mengeratkan tali silaturahim, memupuk toleransi dan kasih sayang di kalangan para pelajar.

Beliau juga berharap agar setiap aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut akan menjadi penanda aras bagi pencapaian cemerlang dalam kehidupan seharian.

Beberapa aktiviti dijalankan sempena penganjuran program antaranya pendaftaran keahlian baharu oleh Perpustakaan Negeri Sabah, literasi maklumat kepada pelajar sekolah dan ceramah kesihatan oleh Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS).

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Raisin Saidin, Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Sabah, Md Sazali Md Salleh dan Guru Besar SK Rampayan, Datin Masnah Bidin. — JABATAN PENERANGAN SABAH