
KENINGAU, SABAH – Seramai 125 penerima sumbangan termasuk golongan asnaf dan sekolah tahfiz, di sini yang menerima sumbangan duit raya daripada Teck Cheong Consolidated Berhad.
Penyerahan sumbangan terbabit disampaikan sempena Jelajah Iftar UPPM Negeri bersama Kim Teck Cheong Consolidated Berhad.
Sumbangan disampaikan oleh pemiliknya Datuk Dexter Lau.
Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Datuk Ellron Angin yang turut hadir dalam acara itu menzahirkan penghargaan terhadal sumbangan daripada syarikat tersebut.
“Kita patut berterima kasih dengan Datuk Dexter Lau & KTC kerana sanggup membantu masyarakat di bulan puasa ini walaupun beliau bukan seorang Muslim.
“Keningau adalah lokasi ke dua terakhir jelajah iftar dan esok adalah jelajah terakhir di Beaufort,” katanya.
Sekitar 800 orang yang hadir dalam program itu.