WKB 2030 Berhasrat Wujudkan Sebuah Negara Maju, Hasil Kemakmuran Dikongsi Secara Adil...

WKB 2030 Berhasrat Wujudkan Sebuah Negara Maju, Hasil Kemakmuran Dikongsi Secara Adil – PM

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri Sesi Balai Rakyat (Town Hall) Makmur Bersama@Sabah di sini, hari ini.

Majlis ini merupakan kesinambungan kepada siri Sesi Balai Rakyat yang telah dimulakan sejak tahun lalu bagi memperluaskan kefahaman dan melibatkan libat urus dengan seluruh lapisan masyarakat mengenai Wawasan Kemakuran Bersama (WKB).

Sumber Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sabah…

Dalam ucapan beliau, WKB 2030 berhasrat mewujudkan sebuah negara maju, makmur dan bersatu padu dengan segala hasil kemakmurannya dikongsi secara adil dan saksama oleh setiap lapisan masyarakat.

WKB 2030 juga bermatlamat untuk menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia seiring dengan tumpuan kerajaan ke arah memastikan pembangunan seimbang dilaksanakan merentasi wilayah dan negeri.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohamed Redzuan Md Yusof dan Speaker DUN Sabah, Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya.

Sumber Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sabah…