2 Maut, 5 Cedera Parah, Proton Iswara Bertembung Lori 10 Tan

2 Maut, 5 Cedera Parah, Proton Iswara Bertembung Lori 10 Tan

0
SHARE
Foto: Ihsan JBPM Sabah

SANDAKAN: Dua maut, lima cedera parah dalam kejadian kemalangan membabitkan pertembungan Proton Iswara dengan lori 10 tan di Batu 25, Jalan Sandakan tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, terdapat seramai 11 mangsa terlibat termasuk lima kanak-kanak dan dua mangsa maut itu merupakan pemandu dan penumpang Proton Iswara.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, terdapat dua orang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan manakala lima orang cedera parah dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.

“Sebahagian dari empat orang yang berada di dalam lori tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Pasukan Bomba kemudian membuat operasi memindahkan jenazah ke kenderaan PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Setelah pasukan bomba membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 2.18 petang.