200 Penunggang P-Hailing Terima Minyak Percuma Sempena Program Tahun Baharu PKR KK

200 Penunggang P-Hailing Terima Minyak Percuma Sempena Program Tahun Baharu PKR KK

0
SHARE

KOTA KINABALU: Kira-kira 200 penunggang motosikal, kebanyakannya penunggang p-hailing, menerima minyak percuma dan sarapan pagi dalam program turun padang Tahun Baharu anjuran PKR Kota Kinabalu di stesen minyak Shell Kampung Air, Selasa.

Program yang dianjurkan Ketua PKR Kota Kinabalu, Grace Lee Li Mei itu merupakan inisiatif kedua sejak Bulan Kemerdekaan dan dijangka dilaksanakan secara berkala setiap suku tahun.

Grace berkata penunggang p-hailing memainkan peranan penting dalam masyarakat moden walaupun berdepan risiko tinggi setiap hari di jalan raya.

“Penunggang p-hailing adalah tulang belakang masyarakat moden. Kerja mereka berisiko kerana terdedah kepada cuaca dan bahaya jalan raya, namun mereka memudahkan kehidupan harian orang ramai,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Dilantik berkata aspek keselamatan turut ditekankan menerusi cabutan bertuah melibatkat hadiah termasuk topi keledar motosikal sebagai hadiah utama, selain pelincir dan bakul makanan.

Menurutnya, program itu bertujuan meringankan kos sara hidup penunggang di samping meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.