50 Struktur Bagang Haram Diberikan Notis Roboh Sebulan

50 Struktur Bagang Haram Diberikan Notis Roboh Sebulan

0
SHARE
Anggota Maritim Malaysia Zon Tawau menyerahkan notis kepada seorang nelayan...

TAWAU, SABAH – Kira-kira 50 bagang haram di kawasan perairan Inderasabah dan Kalumpang diberikan notis sebulan sebelum kesemuanya akan dirobohkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata pihaknya bersama Jabatan Perikanan Sabah Cawangan Tawau telah melaksanakan Operasi Bersepadu Khas sekitar jam 8.30 pagi semalam.

Seorang anggota Maritim menunjukkan sebuah struktur bagang haram…

“Operasi khas ini bertujuan mengesan kewujudan struktur bagang yang didirikan secara haram dan mengenal pasti pembinaan bagang di luar kawasan zon dibenarkan seperti termaktub dalam syarat sah lesen yang dikeluarkan Jabatan Perikanan.

“Selain itu, ia juga bertujuan memberi peringatan kepada komuniti setempat yang menjalankan perusahaan hasil laut…

termasuk pengusaha bagang untuk sentiasa mematuhi peraturan dan syarat sah lesen yang dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan.

Bagang yang akan dirobohkan dalam sebulan dari sekarang disembur dengan cat merah…

Menurutnya seramai 14 anggota dan dua aset bot terlibat dalam operasi khas tersebut manakala Ketua Pangkalan Utama Cawangan Tawau, Jabatan Perikanan Sabah, Laester Bulun mengetuai tim Jabatan Perikanan.

Katanya pelaksanaan operasi berkenaan juga adalah bagi mematuhi arahan Mesyuarat Ops Gasak Laut Bil.2/2022.

“Pembinaan struktur bagang di kawasan laut juga perlu diberi perhatian dan kawalan, kerana kewujudan struktur bagang haram yang berkemungkinan dijadikan persinggahan penjenayah melakukan jenayah di laut seperti rompakan dan penyeludupan.

“Pemantauan dari semasa ke semasa amatlah penting bagi memastikan keselamatan perairannegaraterus dipelihara,” tambah Siva.