Mositun Berharap Lebih Banyak PPRT Dapat Dibina Di Kaiduan

Mositun Berharap Lebih Banyak PPRT Dapat Dibina Di Kaiduan

0
SHARE
Pisol (kiri) menerima replika kunci rumah baharunya dari Mositun...

PAPAR, SABAH – Pisol Bakun dari Kampung Kaiduan sini tersenyum lebar apabila menerima kunci rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk keluarganya.

Rumah baharunya jauh lebih selesa untuk menampung sembilan orang anak berusia antara 5 dan 24 tahun.

Ketua Pembangunan Masyarakat Limbahau, Datuk Johnny Mositun, yang menyerahkan kunci rumah kepada Pisol pada Selasa berkata, PPRT tersebut adalah salah satu daripada dua yang dibina di kawasan itu pada tahun 2021.

Mositun meninjau jambatan yang dibina oleh perkampungan Kampung Moluyuon…

“Sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat Limbahau, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana memastikan kebajikan golongan memerlukan terus dijaga.

“Saya berharap lebih banyak PPRT akan dibina di Limbahau pada 2022 memandangkan terdapat lebih ramai penduduk yang sangat memerlukan rumah di sini,” katanya…

Pembinaan rumah Pisol bermula pada Oktober tahun lalu dan siap pada Disember. Ia dibina bersebelahan dengan rumah lama Pisol dan keluarga.

Pada hari yang sama Mositun turut membantu dalam gotong royong membaiki jambatan yang rosak di Kampung Moluyuon yang juga di Kaiduan. Dia juga telah menyerahkan sumbangan ‘poly pipe’ kepada penduduk kampung di situ.