500 Hadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri KePKAS

500 Hadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri KePKAS

0
SHARE
Christina
Christina (kanan) dan Peto (dua dari kanan) berbual mesra bersama anggota yang menyajikan hidangan di gerai agensi ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 500 orang memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS).

Majlis diserikan dengan kehadiran Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

Sebahagian agensi yang menjayakan majlis tersebut antaranya Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Taman-Taman Sabah, Lembaga Kebudayaan Sabah (LKNS), Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), Jabatan Muzium Sabah dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS).

Tujuan penganjuran adalah sebagai tanda terima kasih atas sokongan jabatan dan agensi terbabit mengangkat Sabah sebagai destinasi pelancongan terulung.

Hadir sama, Pembantu Menterinya, Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri II Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Peto Galim dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir. — JABATAN PENERANGAN SABAH