58 Lelaki Gay Dicekup Dalam Sebuah Premis Sauna Dan Gim

58 Lelaki Gay Dicekup Dalam Sebuah Premis Sauna Dan Gim

0
SHARE

JAKARTA – Seramai 58 lelaki termasuk rakyat asing ditahan dalam serbuan di sebuah sauna dan gim untuk golongan gay, lewat Jumaat lalu.

Memetik laporan AFP, Jurucakap polis, Argo Yuwono dipetik berkata dalam satu kenyataan: “Kami menahan 51 lelaki dan tujuh pekerja premis itu kerana menyediakan perkhidmatan porno.

“Antara yang ditahan termasuk enam warga asing, iaitu empat lelaki China dan masing-masing seorang dari Thailand serta Belanda.”

Menurutnya, enam orang akan didakwa mengikut undang-undang antiporno grafi Indonesia yang membawa hukuman penjara maksimum enam tahun.

Dia tidak menjelaskan tindakan terhadap 52 orang lain.

Pada Mei lalu, 141 lelaki ditahan kerana didakwa mengambil bahagian dalam parti seks di Jakarta.

Penyelidik kanan Human Rights Watch Indonesia, Andreas Harsono menyelar tangkapan terbaru itu dan menggesa polis melepaskan semua tahanan tanpa dikenakan sebarang tuduhan.