
KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 600 orang hadir memeriahkan Sambutan Raya-Kaamatan Telekom Malaysia (TM) Sabah 2023, pada Khamis.
Selain kakitangan TM, ketua-ketua jabatan kerajaan serta rakan niaga TM, majlis yang diadakan di Bangunan Ibu Pejabat Kawasan TM Sabah itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Ariffin Arif.
Tujuan majlis tersebut dianjurkan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan sebagai tanda terima kasih atas sokongan jabatan dan agensi kerajaan serta rakan niaga terhadap produk dan perkhidmatan TM Sabah.
Hadir sama, Pengurus Besar Rangkaian TM Sabah, Anis Ahmad Mohd Ibrahim, Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja TM Sabah, Jumadi Kastari dan Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Sabah, Larrie Pinah — JABATAN PENERANGAN SABAHÂ





