
KOTA KINABALU, SABAH – Tiga Rang Undang-undang (RUU) baharu diluluskan pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Keenam belas, baru-baru ini.
RUU yang diluluskan adalah Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024, RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2023 dan RUU Tatacara Jenayah Syariah 2004 (Pindaan).
RUU Penukaran Haba Lautan 2024 dibentang oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor diluluskan selepas bacaan ketiga melibatkan sembilan pembahas ketika sidang dikendalikan oleh Speaker DUN, Datuk Kadzim M.Yahya.
Selain itu, ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri membentangkan RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah Pindaan 2024 manakala RUU ketiga dibentangkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.
Setelah empat hari bersidang, mesyuarat ditangguhkan oleh Speaker pada jam 2.10 petang. — JABATAN PENERANGAN SABAH