780 Orang Sertai Berbasikal Bersama TYT

780 Orang Sertai Berbasikal Bersama TYT

0
SHARE
Juhar
Suasana sepanjang acara berbasikal ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 780 orang peserta menyertai program Berbasikal Bersama TYT.

Pelepasan bagi acara tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Padang Merdeka pada jam 7.30 pagi, pada Ahad.

Pada tahun ini, sebanyak tiga kategori diadakan iaitu Berbasikal Bersama Toh Puan yang diketuai sendiri oleh Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Berbasikal Bersama VIP dan Konvoi Motosikal Bersama TYT.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Joachim Gunsalam memaklumkan acara berkenaan merupakan salah satu pengisian bagi sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkenaan berkata semua program yang diadakan menunjukkan Tun Juhar sentiasa bersama dengan rakyat.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar, Pembantu Menteri Kewangan, Tan Lee Fatt, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Jamili Nais dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Norliza Awang Alip. — JABATAN PENERANGAN SABAH