80 Buah Rumah Atas Air Kampung Cenderamata Terbakar

80 Buah Rumah Atas Air Kampung Cenderamata Terbakar

0
SHARE
Kebakaran
80 buah rumah atas air Kampung Cenderamata di Jalan Batu Sapi yang terbakar ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Sebanyak 80 buah rumah atas air Kampung Cenderamata di Jalan Batu Sapi, sini, musnah terbakar dalam kejadian kira-kira pukul tiga pagi tadi.

Sepuluh buah rumah mengalami kerosakan 10 peratus manakala kecekapan petugas Balai Bomba dan Penyalamat Sandakan menyelamatkan anggaran 300 buah rumah dari turut terbakar.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, operasi pemadaman melibatkan 22 anggota dijalankan menggunakan 3 aliran 500 kaki 6 pancutan sumber air dari dan sumber air terbuka (parit).

“Pasukan bomba mengalami kesukaran ketika operasi pemadaman kerana tiada pili bomba yang berdekatan dan keadaan air laut yang surut untuk dijadikan sebagai sumber air terbuka,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Operasi dilaporkan terkawal pada jam 4:54 pagi dan ditamatkan pada jam 7:48 pagi manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan.