KUALA LUMPUR – Data CovidNow menunjukkan sejumlah 2,834,807 individu atau 91.1 peratus (91.1%) daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19, setakat Khamis.
Sementara itu, sebanyak 2,934,891 individu atau 94.3 peratus daripada kumpulan itu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam pada itu, bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, sebanyak 1,097,425 individu atau 30.9 peratus telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).
Data itu juga menunjukkan, sejumlah 15,202,158 populasi dewasa, atau 64.6 peratus telah menerima dos penggalak Covid-19 manakala sejumlah 22,932,696 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 23,209,324 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Vaksinasi harian pada Khamis menyaksikan sebanyak 64,759 dos vaksin diberikan meliputi 20,178 dos pertama, 1,736 dos kedua dan 42,845 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,002,567.





