NAJIB BAYAR MEDIA AS SETENGAH JUTA RINGGIT BAGI MEMASTIKAN “NAMA BERSIH”

NAJIB BAYAR MEDIA AS SETENGAH JUTA RINGGIT BAGI MEMASTIKAN “NAMA BERSIH”

0
SHARE

Bekas perdana menteri Malaysia yang disabitkan dengan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram, dan pecah amanah berkaitan kes 1MDB, Najib Razak, telah mengupah firma perhubungan awam yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) untuk komunikasi strategik dan sokongan perhubungan media.

Menurut laporan oleh Politico, Karv Communications (KC) telah dilantik selama dua bulan sebagai subkontraktor kepada peguam Najib, Tania Scivetti.

Jurucakap KC memberitahu penerbit berita itu bahawa ia akan membantu “memastikan tindakan dan pandangan Najib Razak difahami oleh wartawan AS…

dan dibentangkan dengan tepat dalam mana-mana liputan media AS termasuk perbicaraan Roger Ng yang sedang dijalankan di Daerah Timur New York.”

Roger Ng ialah bekas pegawai bank Goldman Sachs dikatakan terlibat dalam skim rasuah melibatkan berbilion dolar menggunakan dana awam rakyat Malaysia melalui 1MDB. Kes tersebut kini sedang dibicarakan di AS.

Dalam pada itu, The New York Times melaporkan bahawa ia

“kemungkinan besar akan menjadi satu-satunya perbicaraan berhubung kes 1MDB yang akan berlaku di bumi AS”

Menurut pemfailan oleh Jabatan Kehakiman AS, Karv Communications akan menerima RM585,760 (AS$140,000) untuk kerja bagi tempoh dua bulan.

Firma tersebut, yang diasaskan dan diketuai oleh bekas wakil komunikasi Rumah Putih (White House) iaitu pejabat rasmi Presiden AS, Andrew Frank, dikatakan pakar dalam komunikasi krisis dan kewangan, pengurusan reputasi peribadi, hal ehwal awam dan sokongan litigasi.

Pada tahun 2019, Karv telah diupah oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi untuk, antara banyak tugas lain, “meningkatkan reputasi pemimpinnya”.

1MDB dikatakan sebagai ‘pencurian dana awam terbesar di dunia’ dan didakwa melibatkan kira-kira AS$4.5 bilion (RM 19 billion) wang yang dicuri.

Atas penglibatannya dalam kes itu, Najib telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, dan denda RM210 juta (AS$50 juta) tahun lepas atas pertuduhan penyelewengan dana.

Dalam pada itu, sebuah badan NGO iaitu Gerakan Anti Rasuah Malaysia (GERAM) dalam satu kenyataan hari ini turut mengulas isu ini dan berkata pihak SPRM sepatutnya menyiasat dari mana sumber wang yang diperolehi oleh Najib untuk membayar Karv Communications sebanyak RM585,760.

“Jumlah wang yang dibelanjakan terlalu besar, adakah gaji seorang bekas Perdana Menteri Malaysia terlalu besar sehingga mampu membayar sehingga setengah juta ringgit?…

“Justeru, pihak SPRM wajar menyiasat dari mana Najib memperolehi sumber kewangan yang begitu banyak dan rakyat Malaysia wajib tahu mengenai perkara ini,” kata GERAM.