227 PATI Indonesia Diusir Melalui Pelabuhan Tawau

227 PATI Indonesia Diusir Melalui Pelabuhan Tawau

0
SHARE
Jim
Seramai 227 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dari Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Papar diusir pulang melalui pelabuhan Tawau ( Sumber Foto: Ihsan JIM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 227 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dari Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Papar diusir pulang melalui pelabuhan Tawau semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata pecahan tahanan ialah 107 lelaki dewasa, 71 wanita, 44 orang kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah: 44 orang dan 5 orang kanak-kanak berumur 23 bulan ke bawah.

Mereka dipindahkan balik ke negara asal secara terus ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka Indonesia dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu (KJRI).

“Purata umur bagi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri Ke-19 untuk kategori usir melalui laut bagi tahun 2024 adalah dua bulan sehingga 82 tahun.

“Proses pemindahan tahanan dengan iningkawal masuk sehingga ke dalam Feri Purnama Express dan Labuan Express.

“Kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar ke negara asal dikenakan,” jelasnya.

Kekerapan program pemindahan warganegara Indonesia tertakluk dengan kerjasama daripada pihak KJRI dalam mempercepatkan proses dokumentasi bagi tahanan seterusnya mengeluarkan dokumen perjalanan Sijil Perjalanan Laksana Pasport.