COVID-19: Kes Baharu Kurang Sedikit Kepada 375 Kes, Tetapi Peningkatan 60 Kes...

COVID-19: Kes Baharu Kurang Sedikit Kepada 375 Kes, Tetapi Peningkatan 60 Kes Pesakit Dirawat Di ICU

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 375 kes baharu positif COVID-19 di rekodkan hari ini.

KKM menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah memaklumkan hanya 18 kes sahaja yang telah pulih COVID-19 pada hari ini yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 10,519 kes (73.21%).

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14,368 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,703 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 8 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 375 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat empat (4) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 371 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, berlaku peningkatan sebanyak 60 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 20 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat lima (5) kes kematian direkodkan hari ini yang mana semuanya daripada Sabah dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 146 kes (1.02%).

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…