Malaysia Kini Memasuki Gelombang Ketiga Pandemik COVID-19

Malaysia Kini Memasuki Gelombang Ketiga Pandemik COVID-19

0
SHARE
Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah...

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Malaysia kini memasuki gelombang ketiga pandemik COVID-19.

Oleh itu, Dr Noor Hisham telah mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersama berpadu tenaga untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan seperti sebelum ini.

“Kita sekarang telah memasuki gelombang ketiga #COVID19. Sekali lagi kita mesti bersama berpadu tenaga memutuskan rantaian penularan jangkitan ini. #KitaJagaKita,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya, semalam.

Hari ini sebanyak 375 kes baharu COVID-19 dicatatkan dengan semua negeri dan Wilayah Persekutuan kecuali Perlis mencatatkan kes baharu.

Daripada jumlah itu, 371 merupakan penularan tempatan dan empat lagi merupakan kes import, dengan kes tertinggi dicatatkan di Sabah sebanyak 271 kes.