Ibrahimovic Disahkan Positif COVID-19 Untuk Kali Kedua

Ibrahimovic Disahkan Positif COVID-19 Untuk Kali Kedua

0
SHARE
Zlatan Ibrahimovic...

ROME – Pemain bola sepak dunia dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic disahkan positif COVID-19 untuk kali kedua selepas perkara itu disahkan sendiri oleh kelabnya, AC Milan yang mana dia akan terlepas saingan tetangga Milan bulan ini.

Ibrahimovic, yang menjalani kuarantin dua minggu lalu ketika kali pertama diuji positif, mesti diuji negatif dua kali sebelum boleh kembali ke skuad Milan yang akan berdepan Inter di San Siro 17 Oktober ini.

Pertahanan Brazil, Leo Duarte, yang ujian terakhirnya negatif juga akan meneruskan kuarantin.

Pemain lain semuanya negatif kata kelab berkenaan.

Memetik laporan AFP, pencabar utama AC Milan iaitu Inter Milan juga berdepan ancaman COVID-19 dengan kelab itu mengumumkan bahawa pemain tengah, Radja Nainggolan dan Roberto Gagliardini diuji positif.

Dua (2) kes terbaharu itu hadir sehari selepas pertahanan Slovakia, Milan Skriniar dan pemain Itali bawah 21 tahun, Alessandro Bastoni juga positif selepas bersama pasukan kebangsaan masing-masing.

Ibrahimovic kali pertama diuji positif pada 24 September menyebabkan dia mengeluarkan kenyataam di Twitter: “Berani Covid mencabar saya. Idea yang buruk.” – AFP